Tuesday, March 2, 2010

Rawatan Tradisional SERI HARUM

MANDI WAP HERBA - Pengenalan

Amalan Nenek Moyang Kita

Amalan mandi wap telah diamalkan oleh nenek moyang
kita sebelum masyarakat kita tahu dengan perubatan
moden dan kedoktoran. Nenek moyang kita telah praktikkan
mandi wap untuk menyembuhkan penyakit dengan
merebus herba dan daun-daun dalam periuk. Meletakkan
pesakit dekat dengan periuk dan diselungkupkan dengan
tikar atau selimut sehingga air di dalam periuk sejuk
tidak berwap. Wap herba adalah wap dari rebusan air
yang mengandungi herba, akar dan daun kayu. Herba
adalah bahan yang terdiri dari rempah-rempah, akar kayu,
daun kayu dan sebagainya. Telah diketahui bahawa herba-
herba ini mempunyai khasiatnya tersendiri.


Kesap Wap Pada Pelanggan

Wap Herba memberi kesan kepada tubuh pelanggan
dengan cara seperti di bawah :

  • Wap akan masuk ke rongga pernafasan dan terus
  • ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ manusia
  • dan memberi kesan yang positif.
  • Wap akan memanaskan seluruh anggota, menjadikan
  • darah lebih cair dan lebih mudah mengalir. Panas
  • juga melegakan otot-otot yang boleh membawa
  • kepada menghilangkan sengal-sengal dan kebas-
  • kebas anggota badan.
  • Wap membuka liang roma, mengeluarkan segala
  • kekotoran dalam kulit yang membawa kepada
  • kulit bersih, rambut pula bertambah segar dan
  • lebat.